Friday, May 22, 2009 0 comments

Tangisan Tergoncang Arash…

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”

Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab

dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”

Sunday, May 10, 2009 0 comments

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam...


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang Kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan
penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti
boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna
makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu
handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau
boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan
juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia
merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri
sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula
apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
3 comments

3 tanda-tandanya...


Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Saturday, May 9, 2009 0 comments

Kalam Allah...


Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tafsiran mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian.

Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara apa sekalipun.

Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!. Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Quran?Kalam Allah Yang Maha Agung.

Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?

Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya. Allah berfirman ;

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah
dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia"( Surah Ar-Rad:28 )

Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah. Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan
memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikru-llah yang paling afdal terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT
menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surahaz-Zumar, ayat 23 ;
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandugannya antara satu dengan yang lain(tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara);yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurutundang-undang peraturan-Nya);dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar
mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,

Firman Allah bermaksud ;

"Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat."
( Surah Al-An'am :155 )

Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu
mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A'raf,ayat 204,maksudnya:

"Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh
rahmat".

Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya?, bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan?Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan.

Maksud firman Allah :

"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh".
( Surah Ali Imran, ayat 113-114 )

Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda;

"Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)"

Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda:

"Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat,dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai.Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat.Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil."
( Riwayat Abu Daud )

Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya.Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi amaran dan
memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakanya.
Daripada Anas bin Malik r.a katanya,

Rasulullah bersabda:

"Di bentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid.
Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku.Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan".
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan "kegilaan"orang lain membaca Kalamullah itu. Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam".

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai 'ghitbah' yang dimaksudkan sifat ingin
berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran.Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?

( Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya'oleh Ustaz Abdullah
Al-Qari bin Haji Salleh).

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2.Pahala membaca Al-Quran:1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.

4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
Dalam sembahyang - 100 kebajikan
Diluar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.

7.Untuk selamat daripada api neraka.

8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.

9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.

10.Pembaca akan memperolehi keamanan.

11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.

12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.

13.Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.

14.Pembaca akan mendapat kemuliaan di syurga.

15.Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat dilangit.

16.Jika dibaca di rumah, akan mendapat cahaya kepada rumah itu.

17.Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmatdan dikelilingi oleh Malaikat

18.Pembaca yang mahir dan baik diutamakan jadi Iman sembahyang.

19.Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat.

20.Seutama-utama manusia ialah mempelajari dan mengajar al-Quran.

21.Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

22.Mendapat perlindungan di padang Mahsyar.

23.Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

Masa Yang DiUtamakan Membaca Al-Quran

1.Di waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.

2.Diantara Maghrib dan Isya'

3.Sesudah sembahyang subuh



1.Jutawan - membaca 300 sehingga 1000 ayat setiap malam

2.Jayawan - membaca 200 sehingga 299 ayat setiap malam

3.Setiawan - membaca 100 sehingga 199 ayat setiap malam

4.Pemilihara - membaca 50 sehingga 99 ayat setiap malam

5.Yang Ingat - membaca 10 sehingga 49 ayat setiap malam

6.Yang Lalai - membaca 0 sehingga 9 ayat setiap malam

wassalam

Nota: Dalam mencari kehidupan hari ini, kita perlu seimbangkan mencari dunia dan juga mencari akhirat. Tapi umat Islam masa kini sentiasa melebih-lebihkan hal-hal keduniaan semata-mata sehingga menepikan pencarian akhirat. Ingatlah kematian itu tak menanti seseorang itu tua...."
Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Jannah diberikan keharuman dengan bau-bauan yang tersangat harum pada bulan Ramadhan. Sejak permulaan tahun sehinggalah ke akhirnya ia dihiasi dengan terang-benderang bagi menyambut kedatangan bulan yang diberkati ini. Dan apabila munculnya malam pertama Ramadhan, satu tiupan angin datang daripada bawah Arasy. Ia dikenali sebagai 'Muthirah' dan menyebabkan dedaunan pohon-pohon Jannah bergeseran dan gagang pintu bergetar lalu menghasilkan suatu bunyian yang lunak merdu yang belum pernah didengari sebelumnya yang terbaik daripadanya. Maka muncullah 'Hurul Ain' (bidadari syurga bermata jeli) ketengah-tengah anjung Jannah sambil menyeru, "Adakah sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT agar kami dikahwinkan dengannya?" Kemudian bidadari ini pun berkata, "Wahai Ridhwan, penjaga Jannah, malam apakah ini?" Beliau pun menjawab dengan talbiyah "Labbaik, sesungguhnya inilah malam pertama Ramadhan, dimana pintu-pintu Jannah dibuka kepada orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad SAW

Allahu Ta'la A'lam
0 comments

Al-Quran sebagai pembela pada hari kiamat...

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

0 comments

7 Golongan manusia yang di naungi Allah pada hari kiamat...


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "ada tujuh golongan manusia yang akan di beri naungan oleh Allah pada hari kiamat:
Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua: Pemuda yang tetap istiqamah beribadat kepada Allah.

Ketiga: Seorang lelaki yang berzikir (mengingati Allah) pada waktu sunyi lalu mengalirkan air mata.

Keempat: Seorang lelaki yang hatinya tergantung didalam masjid.

Kelima: Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, bersama dan berpisah pun kerana Allah.

Keenam: Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita ternama dan rupawan, supaya bersenang- lenang dengannya lalu lelaki tersebut berkata "Aku takut kepada Allah.

Ketujuh: Seorang lelaki yang bersedekah dengan cara tersembunyi hinggakan tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang telah dibuat tangan kanannya."Semoga Kita beroleh inayahNya.
0 comments

Ketahuilah Olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha
yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu
masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu
terlalu sibuk untuk menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan
kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak
harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa
ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi
ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi
untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan
namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau
menghadap...
Allah SWT TAHU .......



Wallahua'lam
0 comments

Apabila roh keluar dari jasad...

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan
seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya
kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh

berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini
aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas.

Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi
Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir
kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi
janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi
yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya
ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana
ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan
untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur
pecah.
Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun
tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam
mimpi
itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu
dia
bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu
menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun
terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan
menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu berjanji di hadapan Abi
Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama
selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih
terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu
maka
akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan
dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat
yang
lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali Datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia
akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.
akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu
dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai
malaikat maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini
menulis ilmu pengetahuan.

"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut
juga
gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana
kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut
menghampiri
telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali
malaikat
maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata maka:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri
roh
orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah
S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
AbuBakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan Dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Wednesday, May 6, 2009 0 comments

Segenggam Tabah - In-Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


"Ya Allah, teguhkn iman hambamu ini dlm menempuh dugaan seberat ini..Allah~...
tabahkn hatiku ya Allah..."
 
;