Tuesday, June 15, 2010 0 comments

SIAPAKAH DZULQARNAIN ITU?



Pertanyaan:
Didalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, yaitu:
"Hingga  apabila  dia  telah  sampai  pada  tempat  terbenam matahari,  dia  pun  melihat  matahari terbenam kedalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati disitu (di laut itu) segolongan ummat. Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu boleh menyiksa  mereka  dan  boleh   berbuat   kebaikan   terhadap mereka'." (Q.s. Al-Kahfi: 86).
Apakah  yang  dimaksud  dengan  matahari yang terbenam dalam mata air yang hitam?

Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain?
 

 Jawab:

Kisah Dzulqarnain telah  diterangkan  dalam  Al-Qur'an  pada Surat  Al-Kahfi, tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakah sebenarnya   Dzulqarnain,    siapakah    orang-orang    yang didapatinya,   dan  dimana  tempat  terbenam  dan  terbitnya matahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secara rinci  dan  jelas,  baik mengenai nama maupun lokasinya, hal ini mengandung hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui.

Tujuan dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada  Surat Al-Kahfi  maupun lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuan utamanya  ialah  sebagai  contoh dan pelajaran bagi manusia. Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya:
"Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat  pelajaran bagi orang-orang yang berakal." (Q.s.Yusuf: 111)
Kisah Dzulqarnain, mengandung contoh seorang raja saleh yang diberi oleh Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur dan Barat.   Semua  manusia  dan  penguasa  negara  tunduk  atas kekuasaannya, dia tetap pada  pendiriannya  sebagai  seorang yang  saleh,  taat  dan bertakwa. Sebagaimana diterangkan di bawah ini:
"Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang  yang  menganiaya,  maka kelak  Kami  akan  mengazabnya,  kemudian  dia  dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan  mengazabnya  dengan  azab  yang tiada taranya'." (Q.s. Al-Kahfi: 87).

"Adapun  orang  yang  beriman  dan orang beramal saleh, maka baginya pahala  yang  terbaik  sebagai  balasan  ..."  (Q.s. Al-Kahfi: 88).
Jadi,   apa   yang  diterangkan  dalam  Al-Qur'an,  hanyalah mengenai perginya Dzulqarnain ke arah terbenamnya  matahari, sehingga  berada  pada  tempat  yang  paling  jauh.  Di situ diterangkan bahwa dia  telah  melihat  matahari  seakan-akan terbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya, matahari itu tidak  terbenam  di  laut,  tetapi  hanya  bagi penglihatan  kita  saja  yang  seakan  tampak  matahari  itu terbenam  (jatuh)  ke  laut.  Padahal  matahari  itu  terbit menerangi wilayah (bangsa) lain.

Maksud dari ayat tersebut, bahwa Dzulqarnain telah sampai ke tempat paling jauh, seperti halnya matahari terbenam di mata air  yang kotor (berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitu juga maksud dari ayat tersebut, Dzulqarnain telah sampai  di tempat  terjauh, yaitu terbitnya matahari dan sampai bertemu pula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada  pendiriannya semula,  yaitu  sebagai  seorang  raja  yang  adil  dan kuat imannya, yang tidak  dapat  dipengaruhi  oleh  hal-hal  yang dikuasai   dan  kekuasaannya  diperkuatnya  dengan  misalnya membangun  bendungan   yang   besar,   yang   terdiri   dari bahan-bahan  besi dan sebagainya. Di dunia ini beliau selalu berkata dan mengakui, bahwa segala yang diperolehnya sebagai karunia dari Allah dan rahmat-Nya.

Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an:
"Dzulqarnain  berkata,  'Ini (bendungan atau benteng) adalah suatu rahmat dari Tuhanku, maka  apabila  sudah  tiba  janji Tuhanku,  Dia  pun  menjadikannya  rata  dengan bumi (hancur lebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar." (Q.s. Al-Kahfi: 98). 
Tujuan  utama  dari  Al-Qur'an  dalam  uraian  di atas ialah sebagai  contoh,  dimana  seorang  raja  saleh  yang  diberi kekuasaan  yang  besar  pada kesempatan yang luar biasa dan, kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru  dunia  di  sekitar terbit  dan  terbenamnya  matahari.  Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap dalam  kesalehan  dan  istiqamahnya  tidak berubah.

Firman Allah swt.:
"Sesungguhnya  Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kami telah  memberikan  kepadanya  (Dzulqarnain)   jalan   (untuk mencapai) segala sesuatu." (Q.s. Al-Kahfi: 84).
Mengenai  rincian  dari  masalah  tersebut tidak diterangkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, misalnya  waktu,  tempat  dan kaumnya,  siapa  sebenarnya  mereka  itu.  Karena  tidak ada manfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada  hal-hal  yang diterangkan   saja.   Jika  bermanfaat,  tentu  hal-hal  itu diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.

sumber: fatwa Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi 
Tuesday, June 1, 2010 0 comments

Apabila roh keluar dari jasad...

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan
seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya
kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh

berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini
aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas.

Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi
Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir
kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi
janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi
yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada
mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya
ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana
ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan
untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu
menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali Datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga.Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia
akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.
akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya.

Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi
tempat tinggalnya.Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang Mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat
maut. Apabila malaikat Maut hendak mencabut roh orang mukmin itu
dari arah mulut maka Keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan.

"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali
malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.



AbuBakarR.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia Keluar dari
jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.


Saturday, May 15, 2010 0 comments

AL-Qur'an sebagai pembela di hari akhirat





Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."


Saturday, May 1, 2010 0 comments

Siapa Anda???






Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Thursday, April 15, 2010 0 comments

ADAB MENGUAP




1. Menahan menguap sekadar termampu:


Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:


Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:


Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Thursday, April 1, 2010 0 comments

Asal Usul April Fool...



Assalamualaikum..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'
menjadi begitu sibuk sekali.

Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.Bahkan sewaktu
memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan
'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam
kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan
boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu terjadi yang berlaku pada
1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan
'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak.
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba
kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila
diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol,
kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang
Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan
selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah
pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan lalu menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah
penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan,
serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day
tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan
beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan darapad Risalah Fikrah..
0 comments

5 cara pilih sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم
******************************************

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita
dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat
berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1..Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..~
2..Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu..~
3..Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..~
4..Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memi liki mu..~

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis

LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILAH
Sunday, March 14, 2010 0 comments

Usah putus asa…

بسم الله الرحمن الرحيم

Betapa ramainya manusia yang hari ni berputus asa…Putus asa dengan dirinya..putus asa dengan keluarganya…putus asa dengan rakan taulannya…putus asa dengan masa depannya…
putus asa dengan kehidupannya..dan putus asa dengan Penciptanya…
Tidak sedikit derita yang melanda..cubaan yang datang bertimpa-timpa menggoyah kepercayaannya…Keyakinan yang kuat akhirnya goyah jua…hingga akhirnya timbul rasa kecewa..hingga terdetik di hatinya putus dan asa..

Betapa ramai manusia yang menyalahkan manusia, menyalahkan persekitarannya, menyalahkan keadaannya hingga begini keadaan dirinya….tidak sedikit pula yang enggan menyalahkan sesiapa, tetapi meletakkan semua kesilapan kepada dirinya…seolah dirinya punca segala derita.. seolah dirinya ‘sial’ sifatnya…Enggan mengakui hakikat kebenarannya…kedua-duanya ‘gagal’ dalam ertikata sebenarnya…gagal dalam meletakkan dirinya sebagai hamba yang sudah pasti akan ada kekurangannya tetapi juga dianugerahkan kelebihannya….dan juga gagal dalam mengenal kekuasaan Tuhannya yang mampu mengubah segalanya…

Maha Suci Tuhan dari segala kekurangan…Maha Suci Tuhan dari segala ketidakadilan…Kerana kebesaran Kuasa Tuhan dan Keadilan Tuhan yang bersifat Ar-Rahman, setiap manusia dikurniakan cubaan dan dugaan bersesuaian dengan kemampuan berdasarkan penilaian Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya..

Janji Tuhan buat hambaNya…hujung derita akan ada bahagia…sebagaimana sunnah Allah terhadap alam ciptaanNya….walau malam gelap gelita tanpa cahaya, pagi esoknya cahaya mentari akan kembali menyinari alamnya…walau kilat, petir, guruh, ribut melanda…pasti nantinya akan tenang akhirnya…laut juga tidak selalunya bergelora…ada waktunya ia akan tenang dengan sendirinya…

Jika itu sunnah Allah buat alam ciptaanNya…apatah lagi buat kita manusia…telah tertulis pada kitabNya…janji Dia buat manusia…setiap kesukaran akan ada kesenangannya…setiap derita pasti akan bahagianya….Jika itu janji manusia, pasti kita mampu menafikannya…tetapi ini janji Yang Esa…siapa kita untuk menidakkannya…

Pada Tuhan yang menguasai alam semesta…betapa mudahnya menukar siang menjadi malam, menjadikan sesuatu yang tiada kepada ada, mengubah yang mustahil kepada mungkin…Segalanya mudah bagiNya.. semudah lafaz ‘Kun Fayakun’…. ‘Jadi’, Firman Allah…maka jadilah segala sesuatu..Tiada apa yang mustahil bagiNya…maka tiada apa juga yang mustahil bagiNya segala sesuatu…

Di saat kita mempersoalkan kenapa mereka bahagia, kenapa tidak aku?... kenapa senang bagi mereka, kenapa sukar bagiku?....atau di saat kita mempersoalkan diri…mereka siapa dan aku siapa….terlupa kita kepada Pencipta…bahawa setiap sesuatu bukan kita yang menentukan…derita bahagia, susah senang, mustahil mungkin…bukan kita yang mentakdirkannya…Segalanya perancangan sempurna Tuhan yang memiliki segalanya…Ia perancangan Tuhan yang mengetahui segalanya…

Di saat mengenang kesedihan dan kesukaran lalu, janganlah sampai kita terlupa bahawa itu semua ujian Yang Esa…Walau zahirnya terlihat manusia atau keadaan yang membawa kepada derita atau susahnya kehidupan…jangan kita lupa bahawa hakikatnya segalanya Allah yang menentukan…Manusia dan keadaan cuma sebab dan musababnya…sedangkan Allah yang mengizinkan segalanya…

Sebagaimana tanah akan meningkat kesuburannya kerna kepanasan lahar gunung yang berapi, sebagaimana kuatnya akar pepohon tepian pantai yang lazimnya menahan ribut dan taufan…begitulah jua anugerah kesukaran…agar nantinya kita menjadi sebaik insan..agar kita belajar dari pengalaman…agar kita menambah kekuatan…agar kita tidak mengulangi kesilapan...

Ujian demi ujian yang melanda bukan bermakna kesedihan atau kesukaran itu tiada akhirnya…Ujian yang sama datang dan tetap mendatangi kerana kita hakikatnya ‘gagal’ dalam ujian…Sebagaimana peperiksaan yang perlu kita ulang ambilnya selagi belum mendapat kelulusan…begitu jualah hakikatnya ujian kehidupan…Mungkin ada pelajaran yang masih kita belum ambil, mungkin ada pengajaran yang masih kita pelajari…renungkan dan fikirkan…Moga akhirnya kita akan lulus dalam ujian kehidupan...

Setelah lulus dari ujian, meningkat kita dari satu tahap ke tahap lainnya…sebagaimana adat dunia…begitulah jua adat kehidupan… Meningkatnya taraf manusia bermakna meningkatlah ujian buatnya…Bukankah para Rasul dan Nabi pun ada perbezaan tarafnya…yang tinggi itu ‘ulul azmi’ namanya…bukan calang Rasul yang tergolong di dalamnya…segalanya kerana ‘anugerah’ derita yang mampu mereka harunginya berkat keyakinan kepada Yang Esa…Begitu jugalah dengan manusia..setiap seorang berbeza tingkatnya..Semakin tinggi darjatnya di sisi Yang Esa..semakin bertambah dugaan dan ujiannya...Bukankah keyakinan itu sahaja sudah cukup menghilangkan derita? Insan terpilih rupanya mereka yang diuji olehNya...hebatnya mereka di sisi Yang Esa...Lantas kenapa oerlu berputus asa? Jika di sisi Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya, dirimu ternyata tinggi darjatnya...

Jika ada dalam dirimu walau sedikit putus asa….padamkanlah ia dengan keyakinan kepada Tuhan yang menentukan segala sesuatu…Dengan izinNya, mampu Dia mengubah segala sesuatu…Dengan rahmatNya…mudah Dia menganugerahkan segala hasratmu..Hayati firman Allah dalam kitabNya… “Tapi bila Allah sudah berkenan juga untuk menahan rahmat buat seseorang dan berbuat sebaliknya, maka tidak ada satupun yang sanggup menghalangi-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana”.(Faathir: 2).
Jika ia tertulis buatmu...maka ia tetap menjadi milikmu...tetapi ia bukan bermaksud kita perlu berpeluk tubuh tanpa melakukan sesuatu...Pesan seorang ahli sufi 'Tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, maka tidak sempurna hasil buahnya.' Usahalah...moga dengan usaha itu akan lebih manis terasa hasilnya...

Jika berusaha, namun ternyata ia bukan milikmu...yakinlah bahawa Allah lebih mengetahui segala sesuatu...Sebagaimana dipadamkan putus asa dalam jiwa, padamkanlah jua pergantungan kepada manusia..pada rakan, pada taulan, pada keluarga, pada hamba, dan pada diri yang di sisi Tuhan tiada memiliki apa-apa…Hakikatnya…segala sesuatu berlaku hanya dengan izinnya..kita mampu melakukan sesuatu hanya dengan bantuan dariNya…Jika gagal, sukar, atau derita…pasti nantinya akan ada bantuan dariNya..Cuma kadang-kadang bantuan Allah tidak tiba dalam satu bentuknya…Kekadang datangnya tanpa disangka…Firman Allah dalam kitabNya:

'Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhny
a Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.' (Al-Tolaq: 2-3)

Ini janji Allah bagi hambaNya…setiap masalah akan ada jalan keluarnya…dikurniakan bagi manusia rezeki dan bantuan tanpa disangka..dan dicukupkan baginya segala sesuatu….Walau bagaimanapun, anugerah ini hanya diberi Allah kepada yang berhak menerimanya...peti anugerah itu ada kuncunya..dan kuncinya ialah TAKWA yang terkandung dalamnya pengharapan dan takut hanya pada Tuhan yang menentukan segalanya…Terselit juga dalamnya pengiktirafan bahawa kita lemah di sisi Yang Esa..tiada mampu melakukan sesuatu melainkan dengan bantuan dariNya...

Dengan takwa, lahirlah keyakinan..yang dengannya menghapuskan putus asa dan ketakutan…Apa perlu digusar tentang kehidupan, jika segalanya telah Allah aturkan… …apa perlu dikenang masa lepas yang telah lama ditinggalkan..jika padaNya Allah janjikan hikmah dan pengajaran.. apa perlu ditakut tentang masa depan…jika dengan takwa dan keyakinan Allah janjikan kemudahan..

Berkat ketakwaan, hilanglah putus asa dari kehidupan dan timbul keyakinan bukan dengan kemampuan kita sebagai insan, tetapi keyakinan kepada Allah yang Maha Bijaksana Mengaturkan… La Haula wa La Quwwata illa biLlah..Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah…Itu keyakinan yang perlu diterapkan…kita sememangnya manusia tiada berdaya…tetapi ia bukan bermaksud kita perlu berputus asa…kerana bagi kita ada Tuhan yang mampu menentukan segalanya…Keyakinan itu bukannya pada kemampuan kita…atau dengan bantuan manusia…tetapi keyakinan itu hanya denganNya…itulah selayaknya sifat seorang hamba…

Moga Allah menghapuskan sebarang keraguan dalam hati kepada kesempurnaan perancanganNya… Semoga dianugerahkan keyakinan padaNya yang tiada berkurang dengan ujianNya…dan moga dihapus segala putus asa dan derita dari dalam jiwa… ‘HasbunaLLah Wa Ni’mal Wakil’.. Cukup Allah sebagai pelindungku dan penjagaku…Ameen…
Saturday, March 13, 2010 0 comments

Muhasabah diri~







0 comments

Jiwa Seorang Hamba...


Allah SWT mengilhamkan kepada jiwa manusia dua jalan iaitu jalan kejahatan dan ketakwaan. Firman Allah,

''Dan (demi) jiwa dan penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.'' (QS Asy-Syams [91]: 7-10).

Jiwa itu laksananya air, jika sentiasa dirawat dan dibersihkan maka ia akan menjadi jernih dan mudah terbias melaluinya cahaya…Namun jika ia dibiarkan tercela tanpa rawatan, kotoran demi kotoran yang walau sedikit jumlahnya dari sehari ke sehari akan menghilangkan kesuciannya…hinggalah akhirnya ia menjadi hitam, pekat, dan likat sifatnya hingga sukar cahaya menembusinya…

Sesungguhnya jiwa itu gelap kerana noda dan dosa. Setiap satunya, besar mahupun kecilnya, membawa kepada dosa yang lainnya jika tiada usaha untuk menyucikannya… Kerana pekatnya kotoran dosa, jiwa itu sukar ditembusi cahaya dan petunjuk dari Yang Esa…Tanpa cahaya, terkaparlah manusia dalam kegelapan...jiwa keliru tentang arah dan tujuan…Jalan yang terbentang tidak mampu dibezakan lagi buruk dan baiknya… Jalan dosa dan noda dianggapnya tiada berdosa..sedangkan jalan kebaikan dirasanya sia-sia belaka…Hilanglah bahagia bertambahlah derita…

Air itu sifatnya suci lagi menyucikan…begitu jualah dengan jiwa hamba…Sesuci jiwa seorang hamba, amal dan anggota yang lainnya turut terkesan dengan kesuciannya…Bersih itu bukan hanya pada jiwanya, tetapi terserak pada pemakaiannya, persekitarannya, tutur katanya, pemikirannya, amalnya, dan perbuatannya…Kerana selari dalaman dan luarannya, terpancar darinya bahagia yang berbekas pula pada cahaya di wajahnya…

MasyaAllah…indah sungguh jika itu keadaannya jiwa seorang hamba…kerana kesuciannya…cahaya dan petunjuk Yang Esa meresap ke seluruh anggota dan aspek kehidupannya hingga muncul dalam dirinya bahagia dan tenang dalam ketaatan pada Penciptanya…Moga jiwa yang suci dan bersih itu milik kita…dan moga penyuciannya menjadi tugas seharian kita…Moga keindahan jiwa akan terpancar pada tutur kata dan amalan dan berbekas pada wajah dan anggota…Moga keindahan itu menyinari hidup kita selamanya…ameen..
Monday, March 1, 2010 0 comments

4 lilin...

Ada 4 lilin yang menyala,
Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah
percakapan mereka

Yang pertama berkata: "Aku adalah
Damai." "Namun manusia tak mampu menjagaku:
maka lebih baik aku mematikan diriku saja!"
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata: "Aku adalah Iman." "Sayang
aku tak berguna lagi." "Manusia tak mau
mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku
tetap menyala."
Begitu selesai bicara, tiupan angin
memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:"Aku
adalah Cinta" "Tak mampu lagi aku untuk tetap
menyala." "Manusia tidak lagi memandang dan
mengganggapku berguna."
"Mereka saling membenci, bahkan membenci
mereka yang mencintainya, membenci
keluarganya. "
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin
ketiga.

Tanpa terduga...

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar,
dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: "Ekh
apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala,
Aku takut akan kegelapan!"

Lalu ia mengangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

Jangan takut,
Janganlah menangis,
selama aku masih ada dan menyala, kita tetap
dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

" Akulah H A R A P A N "

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin
Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin
lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N.
yang ada dalam hati kita....dan masing-masing
kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak
tersebut, yang dalam situasi apapun mampu
menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan
HARAPAN-nya!
Friday, February 26, 2010 0 comments

Bahaya Dunia


Rasulullah Saw. pernah bersabda bahawa pada hari kiamat nanti akan ada sebahagian orang yang akan dibangkitkan dengan amalan soleh yang banyaknya seumpama gunung-gunung di jazirah Arab, namun mereka akan tetap dicampakkan ke dalam neraka Jahanam. Maka bertanyalah seseorang kepada Rasulullah…“Ya Rasulullah, apakah mereka ini orang-orang yang mengerjakan solat?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, mereka mengerjakan solat, berpuasa, bahkan menunaikan tahajjud, tetapi apabila salah satu bentuk dunia (seperti wang atau kemuliaan dunia) datang ke hadapan mereka, maka mereka terjun untuk mengambilnya (tanpa memperdulikan halal atau haramnya).”

Nabi Isa a.s. pernah berkata bahwa cinta kepada dunia dan cinta kepada akhirat tidak akan mampu bersatu dalam satu hati, ibarat air dan api tidak dapat bersatu dalam wadah yang sama. Sama-sama kita hayati pesan Rasulullah Saw.. ‘Siapa yang tamak pada dunia dan menaruh angan-angan panjang terhadapnya, maka sejauh itulah Allah swt. akan membutakan hatinya. Dan siapa yang tidak berminat pada dunia, dan meringkaskan cita-citanya dari dunia maka Allah swt. akan mengurniakan ilmu tanpa ia mempelajarinya, dan memperlihatkan jalan tanpa mendapat bimbingan dari penunjuk jalan…’
Kerana dunia..manusia akan jadi buta mata, akal, dan hatinya..

Abu Darda r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah saw., “Jika kamu dapat mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis dan dunia akan menjadi hina dalam padanganmu dan kamu akan mengutamakan akhirat.” Kemudian Abu Darda r.a. berkata, “Jika sekiranya kamu dapat mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu akan lari ke hutan sambil menangis menjerit-jerit dan meninggalkan harta benda kamu tanpa dijaga. Tetapi dari hatimu, ingatan kepada akhirat sudah hilang dan angan-angan dunia berada di hadapanmu dan dunia menjadi pengawal amalanmu. Keadaanmu seolah-olah tidak tahu apa-apa. Oleh kerana itu, sebahagian orang di kalanganmu sudah menjadi lebih parah daripada haiwan yang tidak pernah meninggalkan hawa nafsunya dan tidak takut akan akibat buruknya.

Beliau menyambung:..Apakah yang terjadi pada kalian sehingga kalian tidak saling menyayangi satu sama lain, tidak saling menasihati antara yang satu dengan yang lain? Padahal kalian merupakan saudara seagama. Hanya hawa nafsumu menghalangimu supaya tidak dapat bersatu padu. Jika kalian berkumpul untuk tujuan agama dan keperluan agama, nescaya ikatan di antara kalian akan menjadi lebih kuat. Apakah sudah berlaku pada kalian, iaitu pada urusan-urusan dunia kalian saling menasihati, tetapi dalam urusan agama kalian tidak saling menasihati... Kalian tidak berusaha untuk menasihati orang-orang yang kalian sayangi agar mementingkan amalan akhirat, tidak berusaha menasihati mereka untuk kerja-kerja akhirat. ..Ini hanya disebabkan kurangnya iman dalam hati kalian. Jika kalian memiliki keyakinan kepada kebaikan dan keburukan akhirat seperti kamu yakin kepada kebaikan dan keburukan dunia, maka sudah pasti kamu akan lebih mengutamakan akhirat. Amalan akhiratlah yang lebih diutamakan oleh kalian. Jika sekiranya kalian memberikan alasan dengan mengatakan bahwa keperluan-keperluan dunia adalah mendesak dan segera dan tidak boleh ditangguhkan, sedangkan keperluan akhirat masih jauh, maka hendaklah kalian berpikir dengan mendalam, berapa banyak kerja-kerja dunia yang kalian lakukan walaupun hasilnya tidak segera. ..

..Dalam urusan dunia kalian mempunyai pendapat yang cukup baik dan mengamalkannya dengan teliti. Apakah sudah berlaku suatu pandangan bahawa dengan sedikit manfaat dunia kamu menjadi gembira dan sedikit saja kerugian dunia membuat kalian merasa sangat sedih sehingga kesannya tampak di wajah kalian dan dengan lidah kalian sendiri mengatakan bahawa musibah telah menimpa. Kerugian dunia sedikit saja sudah kamu sifatkan dengan musibah. Tetapi dari sudut agama, kerugian yang besar pun tidak membuat kalian sedih atau risau sehingga tidak ada sedikitpun perubahan dalam raut wajah kalian. Dengan melihat kerosakan kalian dari segi agama ini saya rasa Allah Swt. telah murka kepada kalian. Kalian berjumpa satu sama lain dalam keadaan gembira, sambil setiap orang berhati-hati agar tidak mengucapkan sesuatu yang benar tetapi pahit di hadapan orang yang tidak menyukainya. Ini kerana dia takut nanti orang lainpun akan mengatakan sesuatu yang benar tetapi pahit di hadapannya kerana tidak disukainya. Jadi sambil menyimpan perkara yang demikian di dalam hati, kalian bergaul satu sama lain. Dalam hatimu sudah rosak, tetapi zhahirnya ceria.

Saudara-saudaraku yang dikasihi..sama-samalah kita melihat dalam diri sendiri…nasihat ini untuk diriku dan juga untuk dirimu..Betapa ramai di antara kita melupakan akhirat kerana disibukkan dengan urusan dunia..demi mencari rezeki..demi mengejar cita-cita..demi sebuah amanah pada bangsa dan negara..hingga kita terlupa pada kehidupan yang tiada akhirnya..Hidup itu janji Allah buat kita..di alam sana yang tiada hujungnya..Moga dunia yang fana ini mampu kita jadikan kebun bagi kita nikmati hasilnya di akhirat yang abadi…Bekerjalah untuk dunia, namun niatkanlah ia untuk membela agama yang suci..Carilah rezeki di muka bumi..namun niatkanlah ia untuk mereka yang kesusahan dan kesukaran datangnya tiada henti..Carilah ilmu bagi membangunkan diri..namun niatkanlah ia untuk disampaikan pada mereka yang belum mengerti..Moga dengan itu ..setiap langkah yang kita lalui mendapat keberkatan dari Ilahi…

Sama-samalah kita nasihat menasihati untuk kebaikan..walaupun ianya mungkin pahit untuk didengari..moga nantinya ubat yang pahit itu nantinya akan menjadi penawar paling berkesan untuk hati..Wallahua’lam..
0 comments

Berbahagialah orang-orang yang 'aneh'

Islam itu datangnya dalam keadaan yang aneh...sebagaimana begitu datangnya..begitu juga akhirnya..Bila tiba hampir tiba saat penghujung masa...berputarlah kembali sejarah sebagaimana awalnya..datangnya aneh...hampir perginya juga aneh..Berbahagialah mereka yang dianggap 'aneh' di awal datangnya cahaya Islam...dan berbahagia jugalah mereka yang aneh di saat hampir berakhirnya alam..

Sungguh aneh insan yang 'aneh' itu...di saat manusia memilih untuk ketawa dan bergembira...menikmati hidup selagi nyawa dikandung badannya..Insan yang 'aneh' gundah dan gelana..hati sayu mengenang dosa..Apakah mampu diselamatkan dirinya..atau perlu menunggu azab Yang Esa..Aneh..sungguh anehnya...

Diberi pilihan antara dua..antara yang tampak jelas di hadapan mata..dengan yang tersembunyi dari zahir namun diakui oleh jiwa...umum manusia memilih yang pertama...Dunia itu kan jelas terpampang di mata dan di hadapan tersedia untuk jamuannya..Siapakan tidak tergoda..wanita, cahaya mata, harta, pangkat dan isi dunia seluruhnya..bukankah semuanya 'zinatul hayati waddunia'...perhiasan hidup dan juga dunia.. Aneh mereka yang tidak terpikat dengannya..

Insan yang 'aneh' memang 'aneh' sikapnya...memilih yang kedua dari yang pertama..dipandang yang pertama sebelah mata..yang kedua juga yang menjadi buruannya...Anehnya insan yang 'aneh'...memilih untuk berbahagia di alam yang tiada siapa pernah melihatnya...Alam itu juga sungguh aneh sifatnya...dikhabarkan manusia muda tidakkan tua selamanya..manusia hidup tiada akan pernah matinya..Hidup yang tiada akhirnya...Sungguh tidak mampu minda menafsirkannya..apatah lagi dikhayalkan keadaannya..

Ibarat dua isteri yang sangat cemburu sifatnya...dunia dan akhirat tidak mampu bersama dalam wadah hati seorang hamba..Jika dipilihnya dunia..pergilah akhirat membawa dirinya...Jika akhirat yang dipilihnya..dunia memandang penuh hampa...betapa keduanya takkan mampu bersama dalam satu cinta..Dicarinya insan yang 'aneh' dunia hanya untuk akhiratnya...Jika dijanjikan padanya cinta seorang wanita..dicintainya hanya kerana Tuhannya..dan demi mencari syurgaNya...Bukankah wanita solehah itu perhiasan dunia yang terbaik buatnya...Syukur kepada Tuhan jika itu kurniaanNya..walau tidak dikurniakan emas berjuta..Zuriat yang dikurnia diterima bukan untuk berbangga tetapi dengan keyakinan bahawa ia amanah untuknya..Dididik mereka sepenuh daya..agar menjadi manusia berguna..Moga perginya diiring doa anak yang soleh sifatnya..menjadi bekalan di alam sana..saat bersendirian tiada siapa menemaninya..tiada teman..tiada saudara..hanya amal dan takwa mampu mengiringinya...Begitu berbeza pemikiran manusia yang 'aneh'...melihat dunia sebelah mata...akhirat jua yang hatinya mendamba...

Anehkah manusia yang 'aneh'..atau kitakah yang sebenarnya aneh? Mencari dunia yang kita pasti ada akhirnya....mencari harta yang pasti akan berkurangan nilainya..mencari cinta yang pasti suatu hari sama ada akan ditinggalkan atau meninggalkan kita selamanya...mencari pangkat yang kita tahu ada masa kejatuhannya...mencari pujian yang pasti ada surutnya..mencari segalanya...yang pastinya akan ada tarikh luputnya...

Kitakah yang sebenarnya 'aneh'..memilih untuk ketawa sedangkan jiwa menangisi nasibnya...aduhai jasad dan minda..andai jiwa dapat berkata-kata...pasti dikhabarkan janjinya suatu ketika pada Tuhan Yang Satu...saat ditanya sebelum diwujudkan jasad dan bermula hidupmu..'Adakah Aku Tuhanmu?'...'Benar' jawab jiwamu...'aku bersaksi Engkaulah Tuhanku'..Apakah kau sudah lupa janjimu? Keluh jiwa tiada suara..hanya jika kau tahu...

Anehnya kita melupakan lafaz janji dan setia...yang diulang baca setiap kali solatnya..yang dilafaz yakin pada syahadahnya..yang tidak lupa diucap dengan yakinnya...Anehnya kita kerana mampu terlupa..

Anehkan manusia yang 'aneh' itu atau kita yang 'aneh' sebenarnya? Terkeliru antara fantasi dan realiti..antara yang palsu dengan yang hakiki..Ternyata kitalah yang aneh kerana memandang aneh kepada orang-orang 'aneh...' yang ternyata bukan 'aneh' di sisi Tuhan...Aneh bukan?

Berbahagialah mereka yang 'aneh'...dan beruntunglah mereka yang berusaha untuk menjadi 'aneh'..Moga kita juga mampu menjadi 'aneh' di kalangan mereka yang sememangnya aneh...Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

Yang baik datangnya dari Allah...yang buruk datangnya dari hamba yang fakir di sisi Tuhannya...
0 comments

Bukan cinta biasa…

Teringat mendayu lontaran suara seorang perindu…meluah cinta pada yang merasa…"Cintanya bukan di atas kertas" katanya…"Ia getaran yang sama"…Terpukau mata dan terpikat hati mereka yang mendengarnya..pada keindahan rupa, suara dan bait kata..Memang ia bukan cinta biasa kata mereka…

Bandingkan pula dengan ayat-ayat cinta…lontaran rasa Rabiatul ‘Adawiyyah pada Penciptanya…

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Kasih dan cinta bagi sang hamba… tiada zahir dan tiada rupa, tiada gambaran dan tiada suara…Tidak mampu tertulis pada warkah untuk dibaca atau didendangkan bagi halwa telinga mereka yang mendengarnya….Ia getaran rasa seorang hamba pada Yang Mencipta..Rasa dan getarnya hanya yang merasa mampu mengetahuinya..dan hanya Yang Dicinta mampu memahaminya…Itulah cinta yang luar biasanya cinta..itulah cinta yang bukan cinta biasa…

Yang biasa pada yang bercinta…bila bercinta ingin bersatu selamanya…Yang luar biasa pada cinta..bila cinta tidakkan bersama dalam zahirnya..tapi batinnya bersatu selamanya…Luar biasa sifatnya cinta..bila yang dicinta bukan kerana rupa, harta mahupun keturunannya…Bukan biasa sifatnya cinta…jika cinta bukan kerana selainnya Dia..Mencintainya kerana Dia adalah Dia…dan mencintainya kerana itulah sebenarnya cinta…

Lontaran rasa sang pencinta pada Yang Dicinta…saat manusia diulit mimpi di dua pertiga malamnya…Airmata basah mencucuri pipinya.. Kering titisan pada sejadahnya…Tulus suara mengucapkan cinta..Luhur hati memohon ampun dariNya..Hanya Dia yang Maha Melihatnya…dan hanya Dia yang Maha Mendengarnya…

Cinta itu bukan cinta biasa…tetapi itulah sebenarnya cinta..Cinta yang tiada nilai harganya..Tidak berkurangnya dengan dugaanNya..Tidak bertambah dengan nikmatNya.. Segala anugerah sama sahaja baginya…Asalkan ia pemberian Yang Esa…Sememangnya ia sebenarnya cinta…ia bukan cinta yang biasa…

Tuhanku..kurniakan aku cinta..jika ia mampu memberikanku sayap hingga ke syurga…
Tuhan…leraikan aku dari getar rasa dan cinta…jika ia menjauhkan aku dariMu Tuhan yang Maha Mencipta..
Tuhan..anugerahkan aku cintaMu…dan cinta mereka yang mencintaiMu…jika di situlah letaknya redhaMu…dan jika disitulah kunci cintaMu..wahai Tuhanku pemilik hatiku Yang Satu…
Tuhan..kurniakan padaku cinta yang cintanya bukan cinta biasa…dan limpahkan bagiku cinta…sebagaimana luar biasanya cinta mereka yang mencintaiMu…
Izinkan aku siang malam bermadu kasih denganMu…Dengan lafaz, ikrar dan gerak anggota berpadu..
Moga dalam hatiku cintaMu dan cintaku menjadi satu..hingga tiba hujungnya waktu… dipertemukan aku denganMu yang kurindu…
Di penghujung rindu..moga cinta ini akan bersatu….Ameen ya Rabbal ‘Alamin..
0 comments

Cari dalam dirimu..

Waktu kecil, mungkin kita pernah didodoikan dengan Kisah Abu Nawas yang penuh jenaka tetapi terselindung seribu makna buat mereka yang mahu memahaminya..
Dalam satu cerita, Abu Nawas dikatakan mencari cincinnya yang hilang…dicarinya di hadapan rumahnya..di belakang ..di kiri…di kanan…malah sekeliling rumahnya…namun apa yang dicarinya tidak dijumpainya…

Jiran-jiran yang memandang simpati dengan keadaan Abu Nawas…Tidak kurang yang menawarkan bantuan..Maka bermulalah pencarian secara beramai-ramai mencari cincin Abu Nawas yang didakwanya kehilangan…Ada yang mencari di depan rumah…ada yang mencarinya di belakang..ada yang mencarinya di kiri …ada yang mencarinya di kanan…Di cari juga sekeliling rumahnya berulang kali namun cincin yang dicari tidak juga diketemui…

Puas mencari..bertanyalah jiran-jiran kepada Abu Nawas…’Cubalah fikirkan di mana kau hilangkan cincinmu?’…Jawab Abu Nawas dengan selamba…’Aku hilangkan cincin dalam rumahku’…Tanya jiran-jirannya…’Kalau sudah tahu hilangnya di dalam rumah..kenapa mencari di luar rumahmu?’..Jawab Abu Nawas lagi.. ‘Bukanlah begitu tabiatnya manusia..apa yang dicari ada jawapannya dalam diri..namun kita asyik melihat pada yang jauh..luar dari diri sendiri..’ Ada yang tertawa dengan jawapannya…tidak kurang yang mengatakannya gila..Namun dalam jenaka ada hikmahnya..jika kita mahu memahaminya…

Berdepan masalah…kita sering mencari jawapan di luar diri sendiri…Ada yang mendapatkan nasihat mereka yang dirasakan mampu memahami…Jika diluahkan namun tiada siapa yang mengerti…menjeritlah suara hati…keluh kesah seorang diri kerana tiada siapa mampu memahami derita di hati…Jika ada yang memahami…alhamdulillah syukur pada Ilahi…hilang seketika beban yang ditanggung hati …Namun kadang2 penyelesaian yang diberi sementara sifatnya…Ketenangan yang dicapai bukanlah hakiki.. Ternyata itu bukan jawapan yang dicari…

Tidak kurang ramai yang lari dari berdepan masalah diri..Ke gunung, ke pantai, ke laut, ke hutan…masing-masing jauh-jauh membawa diri… Tempat sunyi..tempat bingit..ke mana sahaja adanya ketenangan atau jeritan batin tidak akan kedengaran..itulah tempat melayan resah hati dan perasaan.. Jauh meninggalkan…jeritan hati kembali kedengaran…ternyata di situ juga bukan jawapannya..

Carilah dalam dirimu…itu pesan Abu Nawas… mungkin itu juga penyelesaian sebaiknya…‘Matikan’ seketika suara yang selain suara hatimu dan bisikan Tuhanmu…kerana di situ mungkin diletakkan jawapan pada persoalanmu…Tutupkan jua seketika pandangan matamu…mungkin dengan itu akan terbuka mata hatimu…Lebarkan langkahmu menuju hatimu..Moga sempit jarakmu dengan Pemilikmu…

Saranan ini buatku…dan juga buatmu…Jauh-jauh menyelusuri daerah dan negeri..menyeberangi lautan dan jambatan...Rupanya jawapannya ada pada diri…Marilah mulakan langkah yang paling jauh untuk ditelusuri..tetapi paling dekat untuk dimulai…Moga perjalanan dibimbing Ilahi…dan situ letaknya redhanya Rabbi…ameen…
0 comments

Dunia untuk akhiratmu...

Imam Syafi’i rah.a pernah menasihati salah seorang saudara seagama… “Dunia merupakan lumpur sehingga kaki-kaki mudah tergelincir.’ Dunia hanyalah satu rumah kehinaan,yang puncak kemajuannya adalah kebinasaan…sebagaimana hebatnya tamadun-tamadun dunia, yang semuanya menemui kebinasaan...Dalam kehidupan di dunia, kita dikelilingi handai dan taulan..namun perjalanan akhir ke alam kubur yang dijanjikan Tuhan,,manusia perlu melakukannya sendirian..Itulah hakikat sebuah kehidupan..dan erti sebuah kematian..Tiada teman..tiada lagi saudara..tiada senda..tiada lagi ketawa..

Maka kerana itu, pesan Imam Syafi’i ‘Tumpukanlah hatimu selalu kepada Allah dan berpuas hatilah dengan rezeki yang diberikan-Nya. Jangan meminjam apa-apa dari simpananmu di akhirat demi dunia. Sebab kehidupan di dunia ibarat satu bayang-bayang yang tidak lama lagi akan lenyap. Dan kehidupan dunia itu ibarat satu dinding yang sudah goyah yang tidak lama lagi akan runtuh. Perbanyaklah amal soleh dan kurangkan angan-angan.”

Jika ingin tahu hakikat kehidupan..tanyalah kepada mereka yang hampir menemui sebuah kematian..itu pesan para ilmuwan.. Di suatu ketika, Muawiyah r.a. didatangi oleh seorang wara’ dari kota Najran yang berusia 200 tahun. Ketika Muawiyah bertanya kepadanya mengenai keadaan dunia mengikut pengalamannya, beliau menjawab, “Beberapa tahun kesenangan setelah itu beberapa tahun kesusahan. Setiap siang dan malam ada yang lahir dan ada yang mati. Sekiranya tidak ada kelahiran maka dunia akan berakhir. Jika tidak ada kematian maka tidak cukup lagi ruang untuk duduk di dunia ini.” Muawiyah r.a. berkata, “Adakah sesuatu yang engkau kehendaki dari saya? Orang wara’ itu berkata, “Kembalikanlah umur saya yang sudah berlalu.” Muawiyah berkata, “Untuk itu saya tidak mampu untuk melakukannya.” Orang wara’ itu berkata, “Kalau begitu saya tidak mempunyai permintaan apa-apa dari anda.”

Hakikatnya kehidupan dunia tiada yang bermakna jika tidak diisi dengan amal dan takwa.. Yang berharga dari kehidupan dunia ialah ruang waktu yang dengannya dapat kita mengumpulkan bekalan untuk alam yang tiada pengakhiran..‘Apa yang kamu sukai di dunia’, pesan Ibrahim bin Adham, ‘hanyalah seolah-olah kamu menyukai sesuatu dalam mimpi saja’…sebagaimana harta, pangkat dan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada manusia yang bukannya milik kita selamanya..dan sekelip mata dapat dikembalikan kepada Tuhan yang menganugerahkannya..

Wadah iman adalah sekeping hati yang dengannya Allah bezakan darjat dan kedudukan seorang hamba..Sesungguhnya Allah bukan melihat pada paras rupa mahupun darjat dan keturunan..tetapi pada sekeping hati yang dengannya mencorak keimanan, keyakinan dan kelakuan..Dengan hati dan akal manusia membuat pilihan yang nantinya akan menentukan kehidupan di hari pembalasan..

Pesan Malik bin Dinar…“Sebanyak mana kamu memikirkan dunia, sebanyak itulah fikiran tentang akhirat akan keluar dari hatimu. Dan sebanyak mana kamu memikirkan akhirat, sebanyak itulah fikiran tentang dunia akan berkurangan.” Hakikatnya..dunia dan akhirat tidak akan mampu bersatu dalam sekeping hati seorang manusia kerana kedua-duanya mempunyai sifat yang berbeza.. Hati yang dimiliki akhirat, pesan Abu Sulaiman Darani r.a., akan sentiasa diserang diserang oleh dunia yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan ruang di hati manusia…namun hati yang diduduki oleh dunia tidak akan diserang oleh akhirat yang mulia sifatnya..Kerana hinanya dunia, seringkali kedudukan akhirat di hati manusia cuba dirampasnya..namun kerana mulianya akhirat..pastinya ia akan mengundurkan dirinya tatkala kedudukannya digugat dunia yang hina..

Manusia dikurniakan akal..yang dengannya mampu kita membuat pilihan..Yang dikira manusia berakal di sisi Tuhan bukanlah manusia yang mempunyai ijazah dan kelayakan yang di sanjung manusia..tetapi manusia yang mengerti akan hakikat kehidupan dan kematian. Yahya bin Muadz rah.a. berkata… “Tiga jenis manusia yang cerdik adalah, (1) Yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, (2) Yang membuat persiapan untuk memasuki kubur sebelum tiba masanya memasuki kubur, (3) Yang menghasilkan keredhaan Allah sebelum berjumpa dengan-Nya.

Moga kita dapat menjadi insan yang diiktiraf itu..yang membuat persiapan sebelum perjalanan yang tiada titik pengakhiran waktu..yang memikirkan kesudahan sebelum tiba garis penamatan yang pasti akan berlaku...yang mencari sebuah cinta dan keredhaan Tuhan Yang Satu..yang cinta dan redhaNya tiada batas ruang dan waktu..Ameen Ya Rabbal ‘Alamin..
0 comments

HARGA SEBUAH KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN...

Pepatah Melayu menyatakan, bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora. Perumpamaan yang menyatakan persoalan, pasti semua orang ada jawapannya. Begitulah juga kehidupan manusia, pasti tidak dapat lari dari terpalit dan dipalit dosa, yang membezakan hanyalah besar atau kecilnya sahaja..walau hakikatnya dosa tetap dosa..

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah insyaAllah akan terlepas dengan tiga syarat taubat, iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah. Tanda taubat diterima Allah, kata orang hikmah, ada empat tandanya iaitu:
1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Namun jika kita berdosa sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, maka tidak berguna taubat bagi kita. Seringkali kita mendengar ucapan maaf cukuplah dengan kalimah “Maafkan saya” yang sering diucapkan di kala lebaran menjelma. Ucapan ‘Maaf Zahir Batin’ yang sering diucapkan seolah-olah sudah cukup untuk menghapuskan segala dosa, sedang hakikatnya permohonan kemaafan perlu dijelaskan sebab musababnya. Begitulah hakikatnya dalam Islam. Kedua-dua pihak iaitu yang memohon kemaafan dan yang dipohon kemaafannya perlu dijelaskan hakikat sebenarnya sebuah kesilapan dan kekhilafan..agar nantinya akan timbul kerendahan dan keikhlasan hati dalam memohon kemaafan dan memberikan keampunan.

Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya". Pandanglah dosa sesama manusia sebesar bukit yang akan menimpa, maka nantinya kita tidak akan memandang remeh pada dosa sesama manusia dan menyanjung tinggi harga kemaafan dari manusia, yang tanpanya mungkin kita jauh dari redha Yang Esa.

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai para sahabat yang lain duduk di sisi Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum.Anas merasa hairan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi, lalu Anas bertanya : "Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?" "Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada dua orang di kalangan umatku di akhirat,keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya. Seorang darinya merayu kepada Allah SWT: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini,sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa di dunia dahulu,dengan berbagai perbuatan zalim.

Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi,sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua.Tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian,kerana tiada suatu pun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu. Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya,sedangkan tiada suatu pun kebaikan yang tinggal padaku,kesemuanya telah habis dituntut oleh orang lain.

Ketika itu orang yang kena zalim itu minta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya. Pada ketika itu Rasulullah menitiskan air mata. Ketika ditanya, Rasulullah menjelaskan yang lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya. Lalu Rasulullah pun bersabda : "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat,sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya."

Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya,maka ketika itu Allah SWT memperlihatkan sebuah mahligai tersergam indah di dalam jannah. "Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya." Ya..saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak,untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi-nabi atau syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" ujar orang itu.

"Mahligai itu untuk siapa saja asalkan mereka sanggup membayar harganya."Jelas Tuhan. "Jika demikian adalah mustahil saya dapat memilikinya kerana saya tidak punya apa-apa di sini untuk membayar harga mahligai emas itu."ujar manusia itu. " Justeru kamu masih berpeluang memilikinya,kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu." "Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan. "Iaitu sekiranya kamu sedia memafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu."Tuhan menjelaskannya. Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata: "Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia,terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan terhadap saya."ujar manusia itu dengan perasaan penuh gembira yang tidak terhingga.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat agar membawa orang itu ke dalam mahligai yang terbina di sebuah jannah yang terbina dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Demikianlah sebuah kisah yang diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada Anas bin Malik suatu peristiwa di akhirat melibatkan dua orang umatnya yang berusaha untuk menyelamatkan diri di hari tiada pertolongan kecuali pertolongan Allah SWT.Suatu kemaafan dapat menyelamatkan dirinya juga rakannya dari sengsara Mahsyar.

Sahabat-sahabat dan saudaraku..begitu mahal nilai sebuah pengampunan..Sebelum bertemu di mahkamah pengadilan Tuhan, sama-samalah kita menghitung kesalahan diri sesama insan. Jika ada yang belum diselesaikan, berusahalah memohon kemaafan walau berkali ucapan maaf perlu diucapkan. Moga dengannya kita akan mendapat keredhaan Tuhan..dan moga nantinya hidup di dunia dikurnia keberkatan..dan hidup di akhirat dianugerah kebahagiaan dan kesenangan..

Buat semua yang mengenaliku..andai ada kesalahan diriku yang masih belum tertuntut pengadilan dan kemaafan darimu..kupohon tuntutan darimu ke atas diriku, sebelum kita bertemu di mahkamah Tuhan Yang Satu..yang pada saat dan ketika itu tidak ku tahu sama ada termampu bagiku menunaikan hakmu..atau terjamin bagiku kemaafan dan keampunan darimu..Moga Allah mudahkan bagimu dan bagiku..Andai ada kesilapanmu padaku..semuanya telah tersedia ku maafkan dan halalkan bagimu..Moga Redha Allah akan menjadi milikmu dan milikku..ameen..
 
;