Saturday, July 4, 2009 0 comments

Pelik tapi benar...

Al-Ghamidi - Ghurabaa

English Translation:

Strangers (Ghuraba) [8x]

Strangers do not bow the foreheads

to anyone besides Allah

Strangers have chosen this

to be the motto of life

If you ask about us,

then we do not care about the tyrants

We are the regular soldiers of Allah,

our path is a reserved path

Strangers (Ghuraba) [8x]

We never care about the chains,

rather we’ll continue forever

So let us make jihad, and battle,

and fight from the start

Strangers, this is how they are free

in the enslaved world

Strangers (Ghuraba) [8x]

How many times we remembered a time

when we were happy

In the book of Allah,

we recite in the morning and the evening

Strangers (Ghuraba) [16x]…..

Pernahkah anda dgr lagu nasyid ini??? Tetapi tahukah anda akan makna disebaliknya…lagu ini dipopularkan oleh seorang qari yg tidak asing lagi iaitu Syeikh Saad Said Al-Ghamidi yg memiliki suara yg ‘memukau’….Lagu ini sebenarnya mengandungi unsur-unsur perjuangan dan menyemarakkan semangat jihad. Ghuraba’ bermaksud ‘orang asing’ atau ‘orang pelik’ yg digelar ‘stranger’ yg ditulis berdasarkan satu hadis Rasulullah S.A.W iaitu:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

“Bermula Islam itu asing (pelik) dan akan kembali ia asing sebagaimana mulanya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

(Hadith diriwayatkan oleh Abu Hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim)

Dapat diperhatikan keadaan sekarang ini yang mana amat sesuailah dgn hadis Nabi tersebut. Pada akhir zaman ini orang islam yang betul2 berpegang kepada islam akan dipandang pelik dan aneh kerana lain daripada yg lain. Masyarakat kita kini sudah terbalik boleh dikatakan seperti mahu kembali ke zaman jahilliah sblm kedatangan Islam. Ajaran Islam yg terus terhakis sedikit demi sedikit dihanyut arus masa dan kemodenan. Akhlak masyarakat yg diambang keruntuhan dek kerana terikut-ikutkan ‘ajaran’ dr negara2 barat dr segi moral, pergaulan, cara hidup, pendidikan dan sebagainya.

Orang yg berpakaian mengikut sunnah Nabi S.A.W akan dipandang sebagai satu benda yg pelik. Sebagai satu contoh seorang lelaki yg berpakaian ‘zuhud’, berserban, berjubah dan berjanggut ‘tebal’ menaiki kapal terbang akan dipandang serong oleh orang sekeliling. Tentunya dalam fikiran mereka lelaki ini mungkin terrorist, ahli militan, pengemis dan lain2 lagi. Usahkan hendak menaiki kapal terbang ke luar Negara, berjalan-jalan di bandar2 ‘gah’ seperti Kuala Lumpur semestinya akan mendapat pandangan sama. Malahan telah wujud golongan yg dgn terbuka menghina org yg berkopiah atau berserban kerana ‘mencemarkan pandangan’ kata mereka. Sekarang wujud pula undang-undang yg mengharamkan pemakaian serban tetapi tidak pula diharamkan kaum singh dgn ‘serban’ mereka. Dan lagi pelik masyarakat kita atau lebih tepat golongan muda lebih suka memakai cap ataupun topi ‘koboi’ daripada memakai kopiah mahupun serban.

Realiti hidup yg pahit utk ditelan seperti diceritakan dalam hadis tersebut yang sudah benar2 terjadi. Tidak terkecuali kepada wanita2 bertudung labuh akan dipandang pelik apatah lagi yang berpurdah. Mereka tidak akan terlepas dari dipermainkan, diperlekeh, difitnah dan sebagainya. Jika difikirkan maka betullah sabda Nabi sebelum baginda wafat dimana dia menyuruh kaum lelaki menjaga kaum perempuan kerana hidup seorang perempuan itu penuh dgn fitnah. Fitnah disini bermaksud dugaan dan cabaran yg mereka hadapi dlm hidup mereka dari kecil sehinggalah kea lam rumah tangga. Mereka tidak akan terlepas dari fitnah-fitnah ini malahan akan menjadi lebih teruk lagi kerana masyarakat kita yg tidak lg berpegang teguh dgn ajaran Islam.

Alhamdulillah situasi sebegini tidaklah terjadi di tmpt pengajian penulis UIA tercinta. Pelajar2 masih lagi boleh lagi menerima cara pemakaian mengikut Islam. Namun begitu timbul juga kerisauan kerana telah ada pelajar-pelajar yang bertudung hanya apabila berada dalam kawasan university sahaja. Pabila keluar sahaja maka dgn automatik undang-undang yg dianggap kolot ini dibuang saja. Sesuatu yg pelik mungkin hanya pada 10 tahun dulu namun kini tidak lagi. Tidak kurang juga yg berpakaian tetapi pada dasarnya seperti ‘telanjang’ tetapi tetap juga mengenakan tudung yg kononnya fashion mereka mengikut trend masakini.

Orang yg meninggalkan solat dgn sengaja tidak lagi pelik di bandar2 bsr golongan ini ckp senang nk ‘dicari’. Ada yg sudah berumur 40 thn tetapi tidak pernah ‘bersujud’ selama 20 thn, kali terakhir ditunaikan solat semasa umur 20-an. Namun tidak juga ada rasa berdosa malahan dianggap biasa dan boleh dibuat gurauan dgn rakan taulan. Ada pula yg berpuasa Ramadhan selama sebulan tetapi tidak pernah solat yg sekejap sahaja. Ada pula yg hanya sembahyang Jumaat sahaja. Pelik tetapi benar…Allah~~~

Pengalaman penulis sendiri pernah banyak kali dikatakan berkelakuan pelik dan dianggap terlalu Islamic,‘alim’, ‘tabligh’ dan bermacam lagi panggilan2 sinis. Tidak kurang juga yg menghina dgn kata-kata kesat, memulau dan sebagainya. Tidaklah sesekali tersinggung tetapi ia adalah dugaan akhir zaman sebagai ujian keimanan. Semoga kata2 ‘mereka’ lebih membakar semangat perjuangan seorang ansarullah. Mereka yg berpegang pada sunnah Nabi S.A.W. pada zaman sekarang seperti mengenggam bara api. Bara api yg tidak boleh dilepaskan demi menyalakan ‘obor’ Islam agar terus bersinar dan bernyala. Ingatlah dan sematkan dalam hati golongan ‘asing’ akan termasuk dalam golongan beruntung di akhirat nnt…Insya Allah….

Wallahu ‘alam…

Friday, May 22, 2009 0 comments

Tangisan Tergoncang Arash…

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

“Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”

Rasulullah bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab

dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”

Sunday, May 10, 2009 0 comments

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam...


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang Kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan
penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain
sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti
boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna
makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu
handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau
boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.

Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan
juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia
merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri
sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula
apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus
boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
3 comments

3 tanda-tandanya...


Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

 
;