Dalam hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa engkau sering berdoa seperti itu? Apakah engkau merasa takut?’ Baginda menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika Dia mahu membalikkan hati hamba-Nya, Allah mampu membalikkannya begitu saja.’”
Ternyata hati yang menentukan buruk baiknya iman dan amalan bukannya milik kita…ia bukan milikku..jua bukan milikmu..Pesan Ulama..selama mana yang memberikan hidayah atau petunjuk adalah Allah, sepanjang mana sikap istiqamah itu bergantung pada kehendak Allah, sepanjang akibat segala sesuatu tiada yang mengetahuinya melainkan Allah..dan selama mana keinginan dan kehendak Allah adalah segalanya, maka janganlah dikagumi iman, solat, puasa, atau amalan kita yang lainnya..kerana segalanya hanya mungkin bukan kerana usaha kita sebagai manusia semata..tetapi kerana izin Allah yang mengawal hati-hati manusia…
Justeru..mampukah kita hari ini berbangga…sedang semalam telah berlalu meninggalkan kita..dan esok atau lusa dalam genggaman Yang Esa....Jika Rasul kekasihNya pun merasa gundah dan gelana..apatah lagi selayaknya kita sebagai hamba yang cukup berdosa…
Allah berfirman dalam Surah Al-Anfaal ayat 24 yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah mendindingi (membuat dinding pembatas) antara manusia dan hati.”
Semudah lafaz ‘kun fayakun’ maka terjadilah ia…semudah itulah terhijab hati manusia dengan dirinya…Semudah paginya dikurniakan dengan ketenangan jiwa dan kemanisan iman kepadaNya…semudah itu jugalah petangnya ditarik kembali ketenangannya angkara dosa dan noda… Nauzubillah…
Demi Tuhan yang mengawal hati-hati manusia..Moga dikawal hati-hati kita dari tersasar dari landasanNya, dari merasa bangga berada di jalanNya, ataupun menghina mereka yang belum dijemputNya pulang kepada fitrahnya..
Hatiku bukan milikku..hatimu jua bukan milikmu..Ianya milik Tuhan kita Yang Satu.. Jagalah Allah…Dia pasti menjagamu…Ingatilah Dia..pasti Dia mengingatimu…Yang baik semuanya dariMu Ya Allah..yang buruk dan tidak sempurna dari hamba yang fakir disisiMu… Wallahua’lam bissowab..
Friday, February 26, 2010
Tazkiyatun nafs....
0
comments
Hatiku bukan milikku…dan hatimu bukan milikmu..
Perkataan horoskop yang berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam" bermaksud ramalan berdasarkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan dan planet.. Berdasarkan ilmu astrologi, personaliti dan nasib setiap orang dapat diramalkan melalui kedudukan matahari, bulan dan planet pada waktu dan ketika tertentu. Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa. Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya .” (Hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
Penyamaan hukum di antara ramalan bintang dengan sihir sudah cukup menggambarkan bahaya kepercayaan kepada ramalan yang boleh membawa kepada kesesatan, sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.
Menurut ulasan Yusuf al-Qardawi, solat mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet, walaupun tidak mengadap tukang tilik, tidak akan diterima Allah selama 40 hari berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari." – Riwayat Muslim.
Sama ada tujuannya untuk bersuka-suka atau membenarkannya, hukumnya tetap HARAM di sisi Islam kerana ia boleh membawa kepada kesyirikan bila mana kuasa menentukan kehidupan disandarkan kepada ‘kuasa’ bulan dan bintang dan bukannya kepada Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun begitu, jika ia dibaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, maka hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuannya adalah untuk memberikan pengajaran kepada orang lain.
Dalam kitabnya, Imam Bukhari menjelaskan bahawa penciptaan bintang-bintang adalah sebagai perhiasan kepada langit, rejaman kepada syaitan, dan juga penunjuk arah bagi mereka yang dalam perjalanan. Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan dan keselamatan manusia adalah tidaklah salah. Allah berfirman, yang maksudnya:
"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui." (Al-An am : 97).
Dengan ini, jelaslah bahawa hukum mempelajari atau mempercayai ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib adalah haram hukumnya dan berdosa, walaupun ia cuma untuk bersuka-suka.
Wajarlah kita sebagai seorang muslim mengelakkan diri daripada pergantungan kepada ramalan dan menjauhkan diri daripada perkara khurafat dan tahyul, seperti kepercayaan kepada kedudukan bintang-bintang yang mampu mencorakkan kehidupan. Hakikatnya, bulan dan bintang hanya bergerak mengikut perjalanan yang ditentukan oleh Allah..tiadalah mampu ia menentukan takdirnya sendiri mahupun lari dari paksinya walau seinci.. Sekiranya bulan dan bintang tidak mampu meramal atau menentukan perjalannya sendiri, apakah mungkin ia menentukan perjalanan hidup seorang insan?Fikirlah sendiri wahai insan yang mempunyai akal dan fikiran..
Bebaskanlah diri dari pergantungan kepada yang sia-sia, mahupun tujuannya hanya untuk bersuka-suka. Setiap amalan ada kesannya pada hati yang akhirnya berbekas pada keimanan dan amalan. Persoalan rezeki, jodoh, ajal, maut, susah dan senangnya kehidupan…segalanya sudah ditentukan Allah…Menghubungkan segala apa yang berlaku kepada diri dengan perjalanan bulan dan bintang jelas bertentangan dengan keimanan kepada Allah dan Qadar (takdir) yang menjadi pembeza antara yang beriman dengan mereka yang tidak berkepercayaan. Gantungkanlah pengharapan kepada Allah..dan berusahalah mengubah takdir dengan jalan doa dan usaha yang diredhai Tuhan. Semoga hidup kita mendapat keberkatan. Wallahua’lam.

Daripada 78 ayat Surah al-Rahman yang bermaksud ‘Yang Maha Pemurah’, berulang kali soal al-Rahman kepada hambanya dari kalangan jin dan manusia…
‘Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?’
Bukan sekali dua diulang ucapan yang sama…diulang-ulang sehingga hampir separuh surahnya…seakan Tuhan tidak ingin bahawa kita lupa…bahawa Dialah yang mengurniakan segala…Apa lagi yang perlu dikurniakan Dia kepada manusia..agar kita ingat dan bersyukur padaNya…Apa lagi yang perlu dikurniakanNya kepada manusia..agar kita tidak menjadi pendusta pada ikrar dan kata…pada bacaan Surah Al-Fatihah yang dibaca pada setiap rakaat dan waktu solatnya…bahawa ‘Segala puji bagi Allah Rabb seru sekalian alam’ yang dibaca pada ayat pertama…kerana sifatnya sebagai Al-Rahman, yang Maha Pemurah…yang memberikan kurnia…yang kita baca pada ayat seterusnya…
Jika suami menyoal si isteri…tidak cukupkah lagi apa yang diberikannya?…Tidak perlu menjadi pendeta untuk menafsirkan kata…bahawa dalam luahan rasa si suami ada riak kecewa…Ada pemberian yang belum disyukuri isterinya…ada pengorbanan yang dipandang sebelah mata…Cuma fitrah sebagai lelaki..hanya meluahkan sekadar perlunya..terpulang kita untuk menafsirkannya…
Bagaimana pula dengan ‘keluhan’ Yang Esa? Diulang sebut dalam surah yang sama…dengan ayat dan bahasa yang sama… Tidak cukupkah difahami rahsia di sebalik kata? Sememangnya terlalu banyak nikmatNya yang terlupa kita mensyukurinya…Udara, air, makan dan minumnya…Yang ada belum tentu mampu kita menghitungnya kesyukurannya…Belum lagi ditambah dengan apa yang diminta-minta pada Yang Esa…Cukupkah bersyukur kita pada yang ada…sehingga meminta-minta apa yang tiada…
Matematika kehidupan pimpinan Yang Esa mudah sahaja…andai bersyukur ditambah kurniaNya…yang terbesar berupa iman dan cinta Yang Maha Kuasa….Andai kufur bertambah murkaNya..yang terbesar berupa azab di kubur dan jua akhirat yang tidak terperi siksanya…Terlalu mudah menghafal formulanya…hingga anak kecil mampu mengingatinya…
Namun hakikatnya…hidup bukan sekadar formula…tidak cukup sekadar mengetahui disiplin dan cara…Paling pentingnya…ilmu yang ada perlu dipraktikkan bersama…Wajib suami mengingatkan isteri…wajar isteri menegur suami…anak-anak jangan dilupa..semuanya dibimbing ketua keluarga…agar jangan lupa bersyukur pada Yang Esa…jangan menjadi orang yang kufur sifatnya…Handai taulan tidak dilupa…ditegur sahabat andai ada yang terleka...itu tandanya kita bersaudara…
Wajarlah kita tahu menghitung…wajarlah kita tahu dek untung…Moga dikurnia sifat bersyukur…Moga dijauhi dari kufur..ameen….

Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu amalan zahir yang dinamakan usaha dan ikhtiar, dan amalan hati. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal, sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang mengharap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu sama ada di dunia mahupun di akhirat..
Manusia yang kuat bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dengan mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia…hingga mereka terlupa bahawa segala ilmu, daya dan usaha, yang manusia yakini berpunca dari kudrat dan iradatnya, semata adalah kurniaan Yang Esa..yang tanpa bantuanNya kita tidak akan mampu membuat apa-apa, sebagaimana pemahaman kalimah 'La Hawla Wala Quwwata illa Billah' yang bermaksud 'Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah'.Hatta usaha, walau sekecil mana, segalanya adalah dengan izin Allah semata, sebagaimana firmannya:“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )
Manusia yang kuat bersandar kepada amalan batin pula adalah mereka yang mencari faedah akhirat, dengan mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga dan juga bagi menjauhkan azab api neraka…sedangkan mereka terlupa bahawa tiket utama untuk ke syurga adalah keredhaan Allah Taala, dan bukan hanya amalan yang dilakukan bagi mendapatkan kemuliaan, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Dalam kesibukan mengumpulkan amalan, timbul keyakinan bahawa dengan amalan, mereka akan memperolehi keselamatan, hingga terlupa bahawa amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya, yang tanpa taufik dan hidayat dari Allah s.w.t, belum tentu amal kebaikan dapat dilakukannya, sebagaimana firman Allah s.w.t:
“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan sesiapa yang kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah al-Insaan )
Mereka yang kuat persandaran kepada selain daripada Allah akan lemah dalam menghadapi dugaan dan ujian kerana mereka mereka meyakini bahawa segala-segalanya akan berjalan menurut apa yang dirancangkan dan berpandukan ilmu dan usaha yang dicurahkan. Apabila yang diusahakan gagal mendatangkan hasil, hilanglah tempat persandaran mereka dan jadilah mereka orang yang berputus asa, yang gagal melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan jauh daripada mendapat rahmat dari-Nya. Na’uzubillah..
Pergantungan kepada Allah s.w.t akan menghalang hati daripada berputus asa kepada Allah dalam menghadapi dugaan hidup...kerana hati meyakini bahawa keberhasilan atau ketidakberhasilan usaha adalah dalam kekuasaan Allah..dan pergantungan kepada Allah pasti tidak akan si-sia kerana Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu. .Jika berjaya, mungkin itu yang terbaik buatnyamenurut ilmu Allah, dan begitu jugalah sebaliknya. Hasilnya, lahirlah jiwa yang tenang dan redha dengan apa yang diputuskan Allah, tanpa dukacita dan tanpa kecewa.
Sama-samalah kita gantungkan hati dan pengharapan kepada Allah, dengan meyakini bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya..Moga kita dapat jadikan keredhaan Allah sebagai matlamat, dan bukannya alat bagi mendapatkan apa yang dihajat..Moga keyakinan kita kepada Allah adalah benar..Pergantungan kita kepada Allah juga benar..dan moga kita dilindungi Allah dan diberikan petunjuk agar sentiasa berada di landasan yang benar. Amin ya Rabbal ‘Alamin..

Subscribe to:
Posts (Atom)

- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact