Friday, February 26, 2010

Menghitung syukur..mengikis kufur...

Daripada 78 ayat Surah al-Rahman yang bermaksud ‘Yang Maha Pemurah’, berulang kali soal al-Rahman kepada hambanya dari kalangan jin dan manusia…
‘Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?’

Bukan sekali dua diulang ucapan yang sama…diulang-ulang sehingga hampir separuh surahnya…seakan Tuhan tidak ingin bahawa kita lupa…bahawa Dialah yang mengurniakan segala…Apa lagi yang perlu dikurniakan Dia kepada manusia..agar kita ingat dan bersyukur padaNya…Apa lagi yang perlu dikurniakanNya kepada manusia..agar kita tidak menjadi pendusta pada ikrar dan kata…pada bacaan Surah Al-Fatihah yang dibaca pada setiap rakaat dan waktu solatnya…bahawa ‘Segala puji bagi Allah Rabb seru sekalian alam’ yang dibaca pada ayat pertama…kerana sifatnya sebagai Al-Rahman, yang Maha Pemurah…yang memberikan kurnia…yang kita baca pada ayat seterusnya…

Jika suami menyoal si isteri…tidak cukupkah lagi apa yang diberikannya?…Tidak perlu menjadi pendeta untuk menafsirkan kata…bahawa dalam luahan rasa si suami ada riak kecewa…Ada pemberian yang belum disyukuri isterinya…ada pengorbanan yang dipandang sebelah mata…Cuma fitrah sebagai lelaki..hanya meluahkan sekadar perlunya..terpulang kita untuk menafsirkannya…

Bagaimana pula dengan ‘keluhan’ Yang Esa? Diulang sebut dalam surah yang sama…dengan ayat dan bahasa yang sama… Tidak cukupkah difahami rahsia di sebalik kata? Sememangnya terlalu banyak nikmatNya yang terlupa kita mensyukurinya…Udara, air, makan dan minumnya…Yang ada belum tentu mampu kita menghitungnya kesyukurannya…Belum lagi ditambah dengan apa yang diminta-minta pada Yang Esa…Cukupkah bersyukur kita pada yang ada…sehingga meminta-minta apa yang tiada…

Matematika kehidupan pimpinan Yang Esa mudah sahaja…andai bersyukur ditambah kurniaNya…yang terbesar berupa iman dan cinta Yang Maha Kuasa….Andai kufur bertambah murkaNya..yang terbesar berupa azab di kubur dan jua akhirat yang tidak terperi siksanya…Terlalu mudah menghafal formulanya…hingga anak kecil mampu mengingatinya…

Namun hakikatnya…hidup bukan sekadar formula…tidak cukup sekadar mengetahui disiplin dan cara…Paling pentingnya…ilmu yang ada perlu dipraktikkan bersama…Wajib suami mengingatkan isteri…wajar isteri menegur suami…anak-anak jangan dilupa..semuanya dibimbing ketua keluarga…agar jangan lupa bersyukur pada Yang Esa…jangan menjadi orang yang kufur sifatnya…Handai taulan tidak dilupa…ditegur sahabat andai ada yang terleka...itu tandanya kita bersaudara…

Wajarlah kita tahu menghitung…wajarlah kita tahu dek untung…Moga dikurnia sifat bersyukur…Moga dijauhi dari kufur..ameen….

No comments:

Post a Comment

 
;